Amalan Lestari Siswa Guru IPG Terhadap Elemen Pembangunan Pendidikan Kelestarian
Ahmad Zainal, Wan Noor Siah Wan Abdullah · Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN · 2019
Not cached yet. This record was fetched live for this request and is stored after the lookup. Reopening the page should serve the cached copy.
Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN · OpenAlex · article · 2019
Abstract
ABSTRAKMalaysia beriltizam untuk mengamalkan konsep kelestarian selaras dengan saranan UNESCO bagi memastikan masa depan yang lestari.Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kesediaan amalan lestari siswa guru IPG berdasarkan empat tunggak elemen Education Sustainable Development (ESD) iaitu Alam Sekitar, Ekonomi, Sosial dan Budaya.Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengaplikasikan pendekatan tinjauan deskriptif.Pengumpulan data dilakukan dengan memperoleh dan menganalisis data kuantitatif melalui soal selidik yang dibangunkan sendiri.Sampel kajian terdiri daripada 351 siswa guru IPG yang dipilih daripada enam IPG mengikut enam zon terpilih.Data daripada kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Winstep V3.69.1.11.Hasil analisis tahap kesediaan siswa guru IPG terhadap keempat-empat elemen amalan lestari ESD didapati pada tahap sederhana; Budaya dan Sosial (min ukuran = -0.13logit; min skor = 3.48); Alam Sekitar (min ukuran = -0.04logit; min skor = 3.42) dan Ekonomi (min ukuran = 0.21 logit; min skor = 3.24).Secara keseluruhan tahap amalan lestari (min=3.41)menunjukkan pada tahap yang sederhana sahaja.Sehubungan itu, pihak pembuat dasar dalam pembangunan program yang lestari di IPG perlu mengambil langkah untuk mempertingkatkan tahap kesediaan amalan lestari siswa guru IPG.
Open the resolved locator · 10.61374/temp07.19
Metadata licence: OpenAlex metadata (CC0)