Pengintegrasian Kemahiran 6C dan Nilai Malaysia MADANI dalam Meningkatkan Kualiti PDPC Digital Dalam Kalangan Pelajar IPG
Zainal Abidin Abdul Hamid · Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN · 2026
Not cached yet. This record was fetched live for this request and is stored after the lookup. Reopening the page should serve the cached copy.
Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN · OpenAlex · article · 2026
Abstract
Perkembangan pesat teknologi digital menuntut guru bukan Sahaja menguasai kemahiran teknikal, tetapi juga kompetensi insaniah yang menyokong pembelajaran bermakna dan beretika. Kajian ini meneliti tahap pengamalan kemahiran 6C (komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kreativiti, kewarganegaraan dan karakter) serta penerapan nilai Malaysia MADAN] dalam kalangan Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) semasa praktikum, dan menganalisis hubungannya dengan kualiti pdpc digital. Reka bentuk kajian kuantitatifberbentuk tinjauan digunakan dengan melibatkan 274 Pelajar IP G yang dipilih secara persampelan bertujuan.
Instrumen soal selidik berstruktur menunjukkan kebolehpercayaan tinggi (a = 0.863-0.965), dan data dianalisis menggunakan statistik deskriptif serta korelasi Pearson. Dapatan menunjukkan tahap pengamalan kemahiran 6C, penerapan nilai Malaysia MADANI, dan kualiti PdPc digital berada pada tahap tinggi. Analisis korelasi menunjukkan hubungan positif signifikan antara kemahiran 6C dengan kualiti PdPc digital (r(272) — 0.683, p < 0.001), serta antara nilai Malaysia MADAM dengan kualiti PdPc digital (r(272) = 0.666, p < 0.001 Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan kemahiran 6C dan penerapan nilai Malaysia MADANI mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan kualiti PdPc digital.
Penemuan ini menunjukkan perkaitan bahawa kedua-dua konstruk tersebut berkait rapat dengan pelaksanaan PdPc digital yang berkualiti dalam kalangan Pelajar IPG semasa praktikum.
Open the resolved locator · 10.61374/temp03.26
Metadata licence: OpenAlex metadata (CC0)