Keberkesanan Penulisan Refleksi Terhadap Siswa Guru
Norliza Jaafar, Lee Phaik Gaik · Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN · 2020
Not cached yet. This record was fetched live for this request and is stored after the lookup. Reopening the page should serve the cached copy.
Jurnal Penyelidikan TEMPAWAN · OpenAlex · article · 2020
Abstract
ABSTRAKKajian ini bertujuan untuk meninjau perlaksanaan sejauh mana penulisan refleksi dapat membantu mempertingkatkan metakognitif siswa guru untuk membuat refleksi dalam kehidupan dan kerjayanya.Kajian ini menggunakan kaedah Consensual Qualitative Investigation data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur.Kajian dijalankan dalam dua fasa iaitu satu bengkel penulisan refleksi diadakan kepada siswa guru selama dua jam tentang definisi, proses, model, dan alat refleksi.Manakala, fasa 2 adalah menemu bual 18 siswa guru, setelah siswa guru melaksanakan penulisan refleksi dalam tugasan yang diberi.Tema utama yang terhasil melalui analsis data iaitu penilaian kendiri, regulasi kendiri dan tema ketiga ialah keterampilan dan nilai kendiri.Data temu bual menunjukkan penilaian kendiri membantu siswa guru sedar tentang kekuatan dan kelemahan kendiri dan seterusnya dapat membantu mereka dalam menguasai sesuatu kemahiran.Siswa guru bersetuju bahawa penulisan refleksi membantu mereka dalam regulasi kendiri.Regulasi kendiri ini merupakan keupayaan siswa guru mengurus emosi intrinsik, gerak hati dan sumber-sumber luaran yang mempengaruhi emosi mereka.Dapatan kajian menunjukkan penulisan refleksi dapat membantu siswa guru dalam pembentukan keterampilan dan nilai kendiri.Dalam hal yang demikian, siswa guru dapat memikirkan masalah yang dihadapi melalui pemikiran secara reflektif dan berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Open the resolved locator · 10.61374/temp02.20
Metadata licence: OpenAlex metadata (CC0)